Friday, February 15, 2013

PROJEK MTV

ASSALAMUALAIKUM!


Hishhh..Terasa laju pula masa berjalan.Rasa macam baru bulan lepas jer daftar untuk sem-2 ni.Sedar-sedar dah pertengahan sem.Sem ke-2 ni projek paling besar yang student skrin perlu buat ialah Muzik video atau nama singkatan bende ni MTV.Kitorang kene buat 2 video iaitu video berkumpulan dan video individu.MTV group tu aku tak la risau sangat sebab kitorang dah buat 50%.So sekarang ni aku tengah risaukan MTV individu.Kawan-kawan aku yang lain semua dah start buat.Aku jer belom ni.Aduhhh!!! Come on laa Naqiuddin! Jangan la pemalas!!!!

Oleh sebab aku ni malas and tak suka keluar jauh-jauh,so aku guna teknik "green screen".Ha! Ha! Ha!.bunyi macam gempak tapi sebab malas nk shooting kat luar aq pkai jerr la teknik ni.Senang sebab tak payah nak risau pasal duit minyak transport nak keluar,sumber elektrik nak pasang lighting dan sebagainya. 

Aku pilih lagu bahasa melayu jer untuk projek aku ni sebab kalau nak buat lagu omputih, entah apa la meraban  talent aku nanti.Hi..Hi..Hi..Setelah aku termenung sejenak di atas katil aku selama beberapa jam,so aku pon pilih la lagu ini sebagai projek MTV aku...

ROMANTIK-HUJAN

Ini la lagu yang aku pilih.MUKTAMAD!!! SAYA KUNCI LAGU INI!!! Naik jer dari cuti tahun baru cina ni ialah masa untuk aku SHOPPING!! Excited la sangat bunyinya kan padahal tangan aku mengigil ni nak kuar duit kat mesin ATM.Dari aku keluar beli kain untuk green screen,sewa lighting segala bagai tu lgi bagus klau aku beli burger bakar Abang Burn.Tapi kerana cita-cita menjadi insan seni yang berjaya,aku kena la berkorban.Bak kata aaron aziz dalam lagu Salam semua tu "Kadangkala di dalam kerjaya memerlukan pengorbanan dan pengorbanan itu penting dalam kerjaya...." cuma aku study jer la bukan bekerja.Ha! Ha! Ha!

Ok.Thanks coz sudi baca blog aku yang entah apa-apa ni.Insyaallah aku akan update segala projek dan apa-apa jer la yang aku rasa menarik untuk aku share dengan korang.
Salam

No comments:

Post a Comment