Friday, February 15, 2013

PROJEK MTV

ASSALAMUALAIKUM!


Hishhh..Terasa laju pula masa berjalan.Rasa macam baru bulan lepas jer daftar untuk sem-2 ni.Sedar-sedar dah pertengahan sem.Sem ke-2 ni projek paling besar yang student skrin perlu buat ialah Muzik video atau nama singkatan bende ni MTV.Kitorang kene buat 2 video iaitu video berkumpulan dan video individu.MTV group tu aku tak la risau sangat sebab kitorang dah buat 50%.So sekarang ni aku tengah risaukan MTV individu.Kawan-kawan aku yang lain semua dah start buat.Aku jer belom ni.Aduhhh!!! Come on laa Naqiuddin! Jangan la pemalas!!!!

Oleh sebab aku ni malas and tak suka keluar jauh-jauh,so aku guna teknik "green screen".Ha! Ha! Ha!.bunyi macam gempak tapi sebab malas nk shooting kat luar aq pkai jerr la teknik ni.Senang sebab tak payah nak risau pasal duit minyak transport nak keluar,sumber elektrik nak pasang lighting dan sebagainya. 

Aku pilih lagu bahasa melayu jer untuk projek aku ni sebab kalau nak buat lagu omputih, entah apa la meraban  talent aku nanti.Hi..Hi..Hi..Setelah aku termenung sejenak di atas katil aku selama beberapa jam,so aku pon pilih la lagu ini sebagai projek MTV aku...

ROMANTIK-HUJAN

Ini la lagu yang aku pilih.MUKTAMAD!!! SAYA KUNCI LAGU INI!!! Naik jer dari cuti tahun baru cina ni ialah masa untuk aku SHOPPING!! Excited la sangat bunyinya kan padahal tangan aku mengigil ni nak kuar duit kat mesin ATM.Dari aku keluar beli kain untuk green screen,sewa lighting segala bagai tu lgi bagus klau aku beli burger bakar Abang Burn.Tapi kerana cita-cita menjadi insan seni yang berjaya,aku kena la berkorban.Bak kata aaron aziz dalam lagu Salam semua tu "Kadangkala di dalam kerjaya memerlukan pengorbanan dan pengorbanan itu penting dalam kerjaya...." cuma aku study jer la bukan bekerja.Ha! Ha! Ha!

Ok.Thanks coz sudi baca blog aku yang entah apa-apa ni.Insyaallah aku akan update segala projek dan apa-apa jer la yang aku rasa menarik untuk aku share dengan korang.
Salam

Wednesday, November 7, 2012

MY IDOL IN FILM (PATRICK BOIVIN)

Assalamualaikum...
Haaissyyyhh..! Dah lama aku tak update blog ni.Kali ni aku nak upload laa sikit.Aku nak ceritakan pasal salah satu idola dan sumber inspirasi aku dalam bidang perfileman ni.
Beliau ialah...

PATRICK BOIVIN
Aku mula berminat dengan dia sejak aku tengok video yang dilakonkan oleh anak dia sendiri yang masih bayi lagi masa tu,Iron Baby.Memang gempak!Sebijik macam citer Ironman kat movie tu.Sejak tu,aku memang minat ngan mamat omputih ni.Baru-baru ni dia buat video baru yang dilakonkan oleh anak dia jugak.Dragon Baby tajuk diberi.He...He...He... Memang comel.Aku nak kongsi sikit profil Patrick Boivin ni kat korang.


  • Beliau lahir pada tahun 1975.
  • Pembikin filem dari Montrea,Quebec,Canada.
  • Popular dengan video stop motion.
  • Patrick juga mahir dalam mengendalikan lighting,editing,animation dan muzik di dalam videonyer.
  • Filem pendeknya yang bertajuk Ça pis tout l’reste (That, and everything else) dipilih oleh Quebec Gold sebagai salah satu filem yang Top 10 pada tahun 2002-2003
  • Antara video yang dihasilkan oleh beliau ialah  Iron Baby, Iron Man vs Bruce Lee and Dragon Baby.


Tu laa dia serba sedikit pasal idola aku ni.Aku harap,aku dapat laa jadik macam dia.Mungkin dia x popular macam pengarah-pengarah lain tapi apa yang dia hasilkan ada keistimewaan tersendiri.Aku akhiri post aku kali ni dengan 2 video yang beliau telah hasilkan.

SEKIAN
WASSALAM.







Saturday, May 5, 2012

Cepat Laa Umumkan!!!!!!

Kalau korang tengok title post ni mesti korang tertanya2 apekebende yang perlu diumumkan ni??Sebenarnyer fiq tengah tunggu panggilan dari UiTM.Hari tu dah pergi temuduga kat UiTM Lendu Melaka.Fiq ambil bahagian Teknologi Kreatif (Skrin).Macam2 soalan dia tanya.Semua soalan yang dia tanya memang langsung tak terlintas kat fikiran fiq ni.Dia tanya siapa pengarah dalam Malaysia.Apa cerita terbaru kat wayang (kalau belanje tengok wayang best la gak).Macam-macam laa dia tanya.Fiq pun cuba jerr la jawab soalan tu tapi gagap sikit sebab gabra.Harap sangat Fiq dapat belajar kat UiTM.Tempat belajar pilihan pertama Fiq tuuuu.Fiq nak banggakan Ibu Bapa Fiq.Biar nama AFIQ NAQIUDDIN BIN MOHD FAUZI melekat dalam data pelajar UiTM nanti.He...He..He...
Doakan Fiq yerrr......